星期五, 三月 02, 2007

Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik -Keberkesanan dan Cabaran untuk Merealisasikan Hubungan Etnik Rapat

Youth For Change (Y4C) & KLSCAH Youth Section

Mempersembahkan


Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik -Keberkesanan dan Cabaran untuk Merealisasikan Hubungan Etnik Rapat


Rasional:

Dengan pengenalan Modul Hubungan Etnik pada 23 Januari 2007, respon daripada golongan masyarakat agak berbeza dibandingkan dengan reaksi yang terhadap buku teks UPM yang kontroversial itu. Dalam media arus perdana, respon yang memberangsangkan banyak disiarkan seolah-olah menunjukkan Modul yang dihantar kepada Kabinet itu telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Walau bagaimanapun, apakah keberkesanan Modul ini dalam merapatkan hubungan etnik di Malaysia? Sejauh manakah proses konsultasi dibuat dalam proses mengeluarkan modul ini? Apakah analisis dan posisi yang diambil oleh penulis modul ke atas isu-isu yang dikatakan "sensitif" atau "kontroversial"? Apakah dengan mengelakkan isu-isu tersebut, keharmonian antara kaum dapat dipupuk?

Kesemua pertanyaan ini adalah penting untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh terhadap hubungan etnik yang semakin teruk seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Tanpa penglibatan daripada masyarakat umum dalam penyediaan modul, matlamat untuk menyediakan modul yang sebenar tidak akan dicapai.

Oleh itu, Youth for Change (Y4C), bersama-sama dengan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Kursus Alternatif Modul Hubungan Etnik supaya satu pendekatan yang lebih mendalam dapat dicapai. Penglibatan daripada masyarakat akan mendorong pencapaian hubungan etnik yang benar-benar memanfaatkan kesemua pihak.

Tempat : Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Masa: 8.00pm-10.00pm
Bahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Forum Pertama: Sejauhmanakah Modul Hubungan Etnik Mewujudkan Keharmonian Masyarakat?
Tarikh: 6 March 2007 (Selasa)
Panel:
1)Prof Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin
(Ketua Penyelaras Modul Hubungan Etnik, Director bagi UKM's Institute of the Malay World and Civilisation and Institute of Occidental Studies)
2)Dr.Syed Husin Ali
( Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Bekas Profesor Sains Kemasyarakatan Universiti Malaya)

Forum Kedua: Apakah Pandangan Anak Muda Terhadap Modul Hubungan Etnik?
Tarikh:13 March 2007 (Selasa)
Panel:
1)Khoo Kay Peng (Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Dasar yang bernama SEDAR)
2)Ramadhan Fitri Ellias (Bekas Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya)
3)*Wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Forum Ketiga: Adakah Modul Hubungan Etnik Menggalakkan Penyertaan Masyarakat Sivil?
Tarikh: 20 March 2007 (Selasa)
Panel:
1)Lee Ban Chen (Chinese educationer, Kolumnis semasa )
2)K.Arumugam (Penulis buku "March 8" yang diharamkan baru-baru ini, Pengerusi Malaysia Tamil Education Research & Development Foundation)
3)Hishammuddin Rais (Aktivis sosial, Kolumnis semasa, Bekas pemimpin mahasiswa 70-an yang terkenal)

Forum Keempat: Adakah Hubungan Etnik Mesra Satu Impian Jauh?
Tarikh: 27 March 2007 (Selasa)
Panel:
1)*Prof. Johan Saravanamuttu (Bekas Profesor Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, USM)
2)*Dr. Sumit Mandal (Ahli Penyelidik Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia , UKM)




* Tentatively

Semua dijemput hadir! PERCUMA!!!

Untuk pertanyaan selanjutnya, sila hubungi Sekretariat Y4C (03-77831164) atau Lee Khai Loon (013-3970519) atau Chua Yee Ling (012-7355025) atau emel kepada y4c2006@gmail.com

没有评论:

彭雪琴 Snowpiano^ ^

I have a dream: A dream without discrimination, a dream without corruption, a dream without unfair and abuse power; A dream with happiness and joy of all races...And all of them realize in Malaysia. That is my dream and what I am pursuing now.... A better Malaysia for a better life. For you and me and the future generation.

一个梦~马来西亚

一个简单、朴实的梦,希望脚上踏着的这一片国土实现自由、平等、公正的制度;希望这个国家的人民真心的团结一致、相互尊重;希望所有邪恶以及专制的力量在下一刻就消失!